SISTEM PENGAJIAN TAHFIZ BERKESAN..BAGAIMANA?


ASSALAMUALAIKUM....UCAPAN ALAHMDULILLAH SETINGGINYA PADA RABBUL IZZATI,YANG MEMBERIKU KESEMPATAN BERNAFAS DI DALAM NIKMAT IMAN DAN ISLAM...SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN AGUNG KITA NABI MUHAMMAD S.A.W..

Terus pada tajuk yang di HIGHLIGHT kan....SISTEM PENGAJIAN TAHFIZ BERKESAN??
Mohon maaf pada yang tersentuh akibat teguran dan kata-kata ku nanti...bagi saya hamba yang dhaif ini....ingin meluahkan segala rasa yang terpendam dalam hati ku ini....tentang SISTEM PENGAJIAN TAHFIZ yang BERKESAN....bagi saya sistem pengajian TAHFIZ yang dicampur adukkan dengan pengajian Akademik amatlah tidak berkesan MENGAPA??? Memang tidak dinafikan ada yang berjaya..akan tetapi BERAPA % yang berjaya menjaga dan memelihara AL-QURAAN??dan BERAPA lama tempoh yang diambil untuk menghabiskan PENGAJIAN? Perkara ini perlu diambil kira dari semua sudut oleh kerana ia melibatkan KUALITI HAFAZAN dan KUANTITI UMUR seseorang pelajar itu...Saya berbangga kerana BERPENGALAMAN belajar TAHFIZ dalam kedua-dua suasana tersebut,jadi ALHAMDULILLAH saya dapat melihat IMPAK MAKSIMA dalam kedua-dua suasana tersebut..Di Malaysia ini ramai GOLONGAN PARA HUFFAZ tapi sejauh mana KUALITI HAFAZANNYA??.Pada pendapat saya sesuatu pengajian Tahfiz yang dicampur adukkan dengan pengajian AKADEMIK tidak melihatkan kualiti yang bagus..MENGAPA??.Kita boleh lihat dari sudut masa yang di habiskan dengan HAFAZAN dan PELANCARAN AL-QURAAN terlalu sedikit..kerana mereka perlu menghadiri kelas-kelas akademik,mereka tiada masa untuk MELANCARKAN hafazan yang telah mereka HAFAZ,YE BETUL pepatah melayu menyebut..''KALAU HENDAK SERIBU DAYA,KALAU TAK HENDAK SERIBU DALIH",akan tetapi penegasan saya dalam hal ini BERKATA ITU MUDAH,tapi MELAKSANAKANNYA??,''BERAT MATA MEMANDANG,BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL''.Sepatutnya pihak atasan dalam sesebuah INSITUSI PENGAJIAN TAHFIZ ini sepatutnya memandang lebih jauh terhadap KUALITI hafazan para pelajar mereka..Bukan saya tidak menyokong 100% sedikit sebanyak ada kebaikannya,tapi dalam situasi sebegini lebih banyak buruknya..bukan tidak boleh utnuk mendedahkan pelajar dalam bidang AKADEMIK,akan tetapi maksud saya jangan ianya dijadikan TUJUAN dan TARGET utama.Dalam hal ini pihak atasan dalam sebuah INSITUSI PENGAJIAN TAHFIZ perlu merangka JADUAL,supaya menjadikan AL-QURAAN sebagai TARGET utama.Tidak salah sekiranya pihak INSITUSI PENGAJIAN TAHFIZ untuk membuat kelas AKADEMIK seminggu sekali atau sebgainya asalkan para pelajar lebih diberi PENEKANAN pada sudut HAFAZAN dan KELANCARAN AL-QURAAN,kepada IBU-BAPA perlu difahamkan oleh pihak SEKOLAH atau INSITUSI TAHFIZ,supaya mereka lebih paham dan yakin bahawa seorang HUFFAZ mampu cemerlang dalam BIDANG AKADEMIK nya akan datang,tidak kiralah P.M.R atau S.P.M hatta S.T.A.M.,kerana apa??? Perkara ini telah terbukti depan mata saya sendiri,jika hendak diceritakan A to Z memang tak habis,terlalu ramai,tetapi saya ceritakan serba sedikit sebagai BUKTI  dan DALIL pada PIHAK INSITUSI khasnya dan pada IBU-BAPA am nya.Beberapa orang sahabat saya yang menghabiskan masanya untuk berlajar TAHFIZ dan KITAB pada usia mudanya,dan beliau tidak pernah didedahkan dengan satu benda pun tentang AKADEMIK ,setelah tamat berlajar beliau mengambil keputusan untuk belajar AKADEMIK dalam tempoh SETAHUN beliau berjaya membuktikan keputusan yang memberangsangkan,ada yang dapat 4 A,6 A,7 A,9 A,APA??Mereka ini genius??tidak sama sekali,bukan saya mengatakan mereka ini tidak pandai malahan mereka ini lebih cerdik dari saya,tapi saya tahu tahap kemampuan mereka juga sederhana seperti manusia biasa,kerana apa saya mengatakan begitu?kerana saya bersama mereka dalam pengajian.Jadi telah terbukti bahawa pengajian yang bersistem PONDOK atau MADRASAH ini tidak kolot MALAHAN kadang-kadang prestasi mereka lebih memberangsangkan dari pelajar yang berlajar di sekolah-sekolah menengah yang menghabiskan masa selama 5 tahun dalam sekolah MENENGAH,inikan pula kita manusia yang serba kekurangan ingin berlajar AKADEMIK dan TAHFIZ dalam satu masa,memang tidak MUSTAHIL akan tetapi saya takut "YANG DIKEJAR TAK DAPAT,YANG DIKENDONG BERCICIRAN",sudah pasti pihak INSITUSI dan IBU-BAPA inginkan kecemerlangan kedunya,walhal anak-anak mereka begitu tertekan,sehingga menyebabkan "GIVE-UP" dan berhenti di pertengahan,sekiranya berhenti untuk melanjutkan pengajian tahifz tidak mengapa,ini tidak!berhenti kerana mereka merasai bahawa MENGHAFAZ AL-QURAAN ini satu benda yang BERAT dan SUSAH,walhal tidak...SIAPA YANG PATUT DIPERSALAHKAN sekirnya situasi ini terjadi??fikir-fikirkanlah..APA?pihak KERAJAAN tidak membenarkan?oh,tidak! perkara ini terjadi kerana tiada kesepaktan dalam semua INSITUSI PENGAJIAN TAHFIZ,sekiranya semua INSITUSI bersepkat mengUSULkan perkara ini pada pihak ATASAN..sudah pasti perkara ini menjadi MUDAH,kerana "SEPAKAT MEMBAWA BERKAT",sekiranya bersatu perkara yang susah menjadi senang,perkara MUSTAHIL menjadi LOGIK......di bawah ini saya sertakan JADUAL HARIAN sebuah INSITUSI pangajian TAHFIZ yang telah banyak melahirkan GENERASI CELIK,PAKAR dan MANTAP dalam BIDANG PENGHAFAZAN AL-QURAAN,tidak mahukah kita NEGARA kita ini dibanggakan kerana MASYARAKATNYA PAKAR DALAM SEMUA BIDANG,TERUTAMA AL-QURAAN???MENJADI HUFFAZ YANG PROFESIONAL??
Jadi kepada yang berminat ingin menghantar ANAK-ANAK mereka ke TAHFIZ AL-QURAAN anda boleh merujuk PADA JADUAL DI BAWAH supaya PENGAJIAN dan PEMBELAJARAN anak-anak anda lebih BERSISTEMATIK,dan kepada yang MAMPU dan ingin MEWUJUDKAN sebuah INSITUSI PENGAJIAN TAHFIZ anda boleh MERUJUK JADUAL ini sebagai PANDUAN bagi melahirkan GENERASI YANG CEMERLANG  DALAM BIDANG TAHFIZ AL-QURAAN INSYALLAH!!.

JADUAL HARIAN:

04.30-05.00 PAGI: Bangun,persiapan diri ke kelas
05.00-05.30 PAGI:Solat Tahajjud,Taubat,Hajat,Witir.
05.30-06.00 PAGI:Kelas mengulang Hafazan yang baru dihafal (Bergantung pada waktu solat Subuh)
06.00-07.00 PAGI:Solat,Wirid,Bacaan Surah Yassin
07.00-08.30 PAGI:Kelas Tasmi' (semakan hafazan baru dihafal pelajar)
08.30-09.30 PAGI:Rehat,Sarapan Pagi,Khidmat(gotong royong)dilakukan setiap hari
09.30-11.30 PAGI:Kelas.(Semakan Hafazan yang lama di hafaz oleh pelajar)
11.30-12.30 TGH :Tidur tengahhari (bagi memudahkan pelajar bangun awal pagi dan ianya satu sunnah)
12.30-01.00 TGH :Persiapan untuk solat Zuhur(bergantung pada waktu solat)
02.00-02.45 PTG :Makan tengahhari
03.00-04.00 PTG :Kelas.(melancarkan untuk hafazan baru/melancarkan hafazan yang telah lama dan sbg)
04.00-04.30 PTG :Kelas Fardhu Ain,Tajwid,Adab,Doa-doa dan sbg,boleh disusun oelh tenaga pengajar)
04.30-05.00 PTG :Solat Asar (bergantung pada waktu solat)
05.00-05.20 PTG :Bacaan Hadith/Ta'alim(fadhilat amal)/segala aktiviti yang melibatkan ilmiah
05.20-05.40 PTG :Mesyuarat (bagi menetukan tugasan khidmat dan penyelesaian masaalah2 kelas,susunah Jemaah mesyuarat mengikut tenaga pengajar)samaada wujudkan jemaah atau mengikut kelas masing-masing.(melahirkan pelajar yang bersatu)
05.40-06.30 PTG :Riadhah dan rehat
06.30-07.00 PTG :Persiapan diri,
07.00-07.30 MLM:Solat Maghrib(bergantung pada waktu solat)
07.30-08.30 MLM:Kelas menghafaz hafazan baru
08.30-09.00 MLM:Solat Isyak(bergantung pada waktu solat,kebiasannya dilewatkan sedikit solat Isyak)
09.00-09.45 MLM:Makan malam
09.45-10.15 MLM:Kelas pengulangan hafazan
10.15-10.45 MLM:Bacaan Surah Waqiah/Al-Mulk.
10.45-11.00 MLM:Bacaan Hadith/Ta'alim(fadhilat amal)
11.00-11.30 MLM:Rehat
11.30 MALAM     :TIDUR

Jadual ini digunakan ISNIN hingga JUMAAT dan pada hari AHAD(ikut bermula selepas ASAR).
Hari Sabtu kebiasaannya pelajar diberi rehat dari waktu kelas pengajian TAHFIZ dan kadangkalanya pelajar didehkan dengan pengajian AKADEMIK atau PENGAJIAN KITAB seperti pelajaran yang bersangkut paut dengn SPM dan sebagainya,pada waktu Malamnya dihidangkan dengan program bermanfaat,mengikut kreativiti tenaga pengajar,seperti,PIDATO,Latihan Berkhutbah,Pembetulan Solat,Tarannum dan SBG.Saya harap pihak berkenaan dapat mewujudkan jadual yang lebih bersistematik dengn berpandukan Jadual yang diberi ini..

p/s:Saya tidak mengatakan jadual saya ini sempurna,ianya sekadar memberi pihak insitusi lebih nampak dengan jelas tentang Sistem tahfiz yang telah  melahirkan GENERASI HUFFAZ YANG CEMERLANG.Pihak insitusi boleh merangka Jadual sendiri dengn berpandukan Jadual yang diletakkan disini supaya menjadi lebih sempurna dan teratur dan saya juga berharap agar pihak yang berkenaan menolak dan menambah mana-mana aktiviti yang dapat melahirkan GENERASI HUFFAZ YANG CEMERLANG.

Harapan saya semoga kita sama-sama dapat melahirkan idea-idea yang terbaik bagi melahirkan UMMAT YANG CELIK DENGAN AL-QURAAN!!!,INSYAALLAH.


                      "BERKHIDMAT KERANA ALLAH"

♥Thank You For Reading..Semoga Segala Tatapan Menjadi Manfaat..♥

Tiada ulasan: