PEPATAH NABI MUHAMMAD S.A.W

1.SUMBER Ummu Al-Mukminin Aisyah R.A.H memberitakan Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:
ابغض الرجال الى الله الألد لخصم
Ertinya....
"Orang yang paling dibenci ALLAH ialah orng yang degil menentang kebenaran lagi keras bertengkar menegakkan kepalsuan....(HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI DAN MUSLIM)

PENGAJARAN HADITH:
1.Islam menyuruh penganutnya berpegang kepada perkara yang benar (kebenaran) dan tunduk kepadanya;sekalipun dengan berbuat demikian akan menyusahkan mereka....
2.Islam membenci orang yang berpegang perkara yang salah kepalsuan serta mempertahankannya bermati-matian sehingga sanggup mengatakan yang putih itu hitam dan sebaliknya.
3.Allah murka kepada orang yang berdegil di atas kepalsuan dan suka bertengkar kerana menegakkannya.Siapa yang berbuat demikian akan dijauhkan dari rahmat (pengasihan)ALLAH;malah akan dikenakan seksaan dengn sebabnya.
♥Thank You For Reading..Semoga Segala Tatapan Menjadi Manfaat..♥

Tiada ulasan: