AL-QURAAN ITU INDAH

ASSALAMUALAIKUM........SEGALA PUJI BAGI TUHAN RABBUL IZZATI YANG MEBERI KESEMPATAN UNTUK BERKONGSI SEDIKIT SEBANYAK PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN....SELAWAT DAN SALAM KU PANJATKAN KEATAS NABI DAN RASUL JUNJUNGAN MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.....
Sekian lama tidak menUPDATE blog..hari ini ingin mengisi ruang masa yang terluang.....dengan menceritakan sedikit sebanyak tentang KEINDAHAN AL_QURAAN..yang mana orang yang berpegang teguh dan mengamalkannya akan berasa TENANG,SENANG,LAGI LAPANG DALAM PELBAGAI PENYELESAIAN MASAALAH....
saya ingin berkongsi sedikit sebnyak pengetahuan dan pengalaman yang di lalui bersama AL-QURAAN,
dahulu selepas sahaja tamat pengajian sekolah rendah,saya melanjutkan pengajian di dalam bidang TAHFIZ Al-QURAAN,sewaktu itu saya hanya difahamkan bagaimana hendak menghafaz dan memelihara ayat-ayat AL-QURAAN SUPAYA TIDAK TERLUPA.....rupanya banyak RAHSIA di sebalik insan yang bergelumang dengan AL-QURAAN iaitu KALAM ALLAH S.W.T. sekiranya hendak diceritakan dari A to Z memang tidak mampu......akan tetapi serba sedikit hendak dikongsi bersama,pelbagai rintangan yang ku lalui sewaktu menghafaz AL-QURAAN...barulah ku faham bahawa bukan semua orang yang mampu mengharungi perkara tersebut...namun aku ALHAMDULILLAH....dapat menamatkan dengan sempurna penghafazn AL-QURAAN 30 JUZUK...di usia muda lagi....sekali lagi ALHAMDULILLAH...jadi kepada pembaca yang mampu..anda hendaklah menghafaz sedikit sebnayak AYAT-AYAT SUCI AL-QURAAN KERANA....Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka...Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)

Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
itu di dunia lagi.....DUNIA SUDAH DI IKTIRAF..APATAH LAGI DI AKHIRAT....RENUNGKAN KELEBIHAN DI AKHIRAT KELAK......
Ganjaran di akhirat

Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)
JADI KEPADA IBU-BAPA YANG MEMBACA JADILAH IBU BAPA YANG BERLUMBA-LUMBA MENGHANTAR ANAK-ANAK KE PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ DAN MEMEBERI DORONGAN KEPADA ANAK-ANAK SUPAYA CINTAKAN AL-QURAAN...

Selain itu dapatlah juga mengambil MANFAAT...APA YANG SAYA AMBIL DARI KITAB KELEBIHAN AL-QURAAN KEPADA SI PEMBACA DAN PENDENGAR....

# Dapat menghilangkan kekotoran hati dengan banyak berzikir, banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

# Orang yang membaca al-Quran dan berzikir akan dikunjungi para malaikat dan syaitan tidak akan memasuki rumah yang sentiasa didengari al-Quran dan berzikir. Ahli keluarga rumah tersebut akan dilindungi dari gangguan syaitan.

# Orang yang berzikir atau di dalam kumpulan dan ikhlas kepada Allah akan dipuji oleh Allah. Mereka juga akan dilimpahi rahmat oleh Allah.

# Orang yang membaca, mendengar al-Quran, berzikir dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, akan dilapangkan dadanya dan ditenteramkan hatinya daripada masalah-masalah dunia.

# Orang yang membaca dan mendengar al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, nescaya Allah akan sentiasa bersamanya dan orang tersebut akan lebih khusyuk beribadah kepada Allah

# Orang yang membaca dan mendengar al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat pengajian atau ibadah dengan ikhlas hatinya, maka dia dapat mendidik nafsunya ke arah jalan kebaikan dan diredhai Allah.

# Memperolehi pahala dan rahmat Allah dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, Dalam masa yang sama Allah akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman orang tersebut.

# Membaca al-Quran dan berzikir merupakan penawar bagi hati yang paling mustajab.

Bahkan selain itu saya yang sekian lama berada dalam dunia AL-QURAAN TIDAK PERNAH MERASAI KEPAHITAN HIDUP DI SEBABKAN MASAALAH YANG MENIMPA KERANA BOLEH DI KATAKAN KESEMUA MASAALAH DAPAT DISELESAIKAN DENGAN MUDAH ALHAMDULILLAH...SEMUANYA KERANA YAKIN DENGAN KALAM-KALAM ALLAH S.W.T. YANG SENTIASA BERSAMA.......SEMOGA DAPAT DI KONGSI BERSAMA........DAN DAPAT MENJADI I'TIBAR KEPADA SAYA DAN SELURUH PEMBACA...JAZAKALLAH SAYA UCAPKAN KEPADA PEMBACA BLOG SAYA..SEKIAN SAYA DAHULUI UCAPAN ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HIWABARAKATUH.......
♥Thank You For Reading..Semoga Segala Tatapan Menjadi Manfaat..♥

Tiada ulasan: